Feeds:
Posts
Comments

Haishhhhh

DSCN4083Haishhh.. aku dah abes kelas. bila ingat2 balik, time degree ni, bnyk sgt bermakna rather those past educational years. yang paling aku takleh lepaskan, my precious friends that really meaningful to me. mind with my rojak words. sekarang mood final exam. baru je antar ibu ngan ayah gi bercuti kat melaka. biar la diorg berehat lama2 sikit kat sana.

aku sekarang tergantung. entah la. mungkin dia saja nak test aku kot. tapi, lupakanlah semua tu wat sementara ye dak. hekhek. sekarang hidup aku makin busy. sebab tgh final exam la katakan. erm. tu je la update dari saya buat kali ini.

kenapa perempuan susah nak diduga?

(p/s: biar susah diduga dari perangai cam gampang, wat aku sakit hati je bile dgr nama dia. berlakon kuat!)

Kisah Raya

pagi raya

pagi raya

Raya Pertama

pukul 2 pagi tepat ibu terima call dari kampung. Onyang Kandah baru meninggal dunia. lepas terima berita ni, aku tgk keadaan ibu. takut ibu menangis2. Alhamdulillah, semua ok. segala perancangan untuk beraya pada hari ini tidak menjadi. tapi tak mengapa. setiap kegembiraan adalah disebalik ujian yang menimpa. pagi tu aku pergi sembahyang raya dengan keadaan yang sungguh gembira. selesai, aku balik rumah dan bersalam-salaman. setelah selesai, bodozup pulang ke kampung. keadaan di kampung tenang. bersalam2 dan beramah mesra. first time aku ke belakang kampung aku. agak tenang. hati aku tiba2 melekat disitu. pulang dengan keadaan yg sgt stress. kenapa ikut jalan belakang yang aku tak pernah redha jalan itu utk dilalui. entah.  sepanjang jalan aku senyap. sebab aku tgh bersabar dgn keadaan org2 yang tak bersabar. sampai dirumah sgt lemah. terlalu bnyk makan dan berlemak2. tidur dengan keadaan letih.

Raya Kedua

hari ni ibu kerja malam. aku bangun agak lewat. mood raya masih ada. tapi bila orang kata raya Aidilfitri hanya sehari, aku sangat setuju. satu hari dipenuhi dengan tgk tv, online facebook dan study. ya, aku dah start study dan buat assignment. tidur lewat.

Raya Ketiga

perkara yang dilakukan pada hari semalam turut dilakukan pada hari ini. aku keluar dengan kawan baik. (kepada org berkenaan, kalau aku reveal nama ko, aku rasa ko nyer ‘adik’ tu akan tanya kat ko soalan bertubi2 kan, harap ko faham!) first time aku lepak NZ. merapek sungguh kami. malam tu kami luahkan segala masalah masing2. balik dengan keadaan yang agak lega. lega sebab aku lega dan lega sebab kawan baik percaya n kongsi masalah kat aku. aku doakan dia dapat tempuhi ujian dia dengan hati yang redha dan perkara yang diredhai. kepada kawan baikku, segalanya yang kita lakukan, segalanya yang kita usahakan, tawakalkan, sertakan lah dengan nama Allah.

Raya keempat

Beraya di rumah Ibu Ayong. sebenarnya, aku sgt rindu dekat kakak2 aku tu. kak lang n kak teh la terutamanya n adik aku, syafiq. bangchik tak da. rindu juga dgn dia. bila jumpa diorg, aku mcm dapat semangat semula. aku dapat rasa yg aku masih ada lagi kakak2 yang sronok utk diingati. syg diorg. balik dgn hati tenang. sebenarnya hari ni jantung aku laju semacam. nak cakap pun mcm lemah. tapi, buat bodoh je kot semua tu. salah aku gak lupa makan ubat.

tu cerita raya. raya Aidilfitri sehari je.

Jangan Main Moghocon

Rabu

Aku balik tepat masuk waktu untuk iftar. Minggu ni sgt penat. Segala2nya perlu dibereskan sebelum bercuti. Ayah menunggu aku. Sudah diberitahu untuk batalkan puasa dulu, tapi tetap menunggu aku. Iftar dihidang dibawah. Tapi kami makan berdua. Banyak juadah ayah beli. Termasuk petai jeruk. Ayah suruh aku rasa. Untuk pengetahuan semua, aku sangat2 kemaruk dengan segala jenis ulam. Bak datang semua jenis ulam. aku sangat suka. Selepas iftar, aku tertidur dan terjaga terus buat kerja.

Khamis

Aku ke kuliah seperti biasa. Lepak dengan tokwan dan din sambil layan movies. Aku tiga kali pindah tempat, tiga kali tidur. Sangat nyenyak tapi kurang selesa. Aku dah biasa. Waktu balik, aku bersalaman. Rasanya tinggal kami sahaja di fakulti. Fakulti sudah kosong. Kebanyakkan fakulti. Sangat seronok. Bukankah bagus kalau UiTM tidak sepadat sekarang. BUkankah bagus UiTM meningkatkan fasiliti2 untuk kemudahan pelajar seperti parkir yang banyak, bas yang sentiasa bergerak dan banyak lagi kemudahan utk pelajarnya seiring ingin mencapai visi UiTM tu sendiri? Entah lah. Aku memandu dengan keadaan yang kurang selesa. Mungkin akibat salah baring. Hujan. Hujan lebat. Jgn dimarahi hujan. Aku memandu dalam keadaan langit gelap dan hujan lebat. Aku bersyukur dan seronok kerana dapat pasang aircond dan menyanyi kuat. Jalan yang sangat2 padat dengan kereta2 yang kemungkinan ingin pulang ke kampong. Kerajaan mengumumkan jumaat adalah cuti sekolah. Peluang utk ibu bapa meluangkan masa utk ke kampong. Tambahan cuti yg agak panjang. Aku pandang keluar. Kereta sebelah padat dengan beg-beg besar. Tersenyum aku. Kereta bergerak sangat perlahan. Aku merengus. Tiba-tiba perut memulas. RNR sungai buloh jauh lagi. Alamak, terbuang angin. Masalah. Angin yang dilepaskan mengandungi gas2 petai jeruk yang telah diperap elok didalam perut. Pening. Aku tersangat pening. Aku ketawa. Sambil tertanya-tanya. Perlu atau tidak aku buka tingkap? Perlu atau buka? Diluar hujan sangat lebat. Kepala aku bertambah pusing. Hati kental. Aku buka tingkap, amik air mineral yang sebenarnya air paip utk diisi dlm komponen kereta tu (aku tak ingat nama dia) buat-buat basuh tangan. Elok aku basuh tangan, azan maghrib berkumandang. Elok benar. Aku tiada makanan. Cuma air paip ni aje. Belasah. Beli kitkat. Juadah yang sangat ringkas. Dan keadaan yang sangat melemaskan itu aku tak akan lupa!

akan bercuti

kalau tak update lg, makanya aku akan biarkan blog aku berhabuk. sesapa ada facebook, sila lah add saya. www.facebook.com/shahnahar

layan dan menyesal

tadi masa tgh jawab test accounting, ada org pasang lagu raya kuat2 dekat luar kelas aku. aku terleka sambil nyanyi2. dan hasilnya,

i) tak siapkan balance sheet

ii) tak buat reserve

iii) tak buat statement of changes in wquity

iv) balancekan dan sum kan semua calculation

yg mana semua tu adalah 60 markah.

sbenarnye, aku masa taip ayat yg korang tgh baca ni, aku taip benda carut2 dan padam balik. taip balik, padam balik. taip balik, padam balik. last2, aku taip ape yg korang tgh baca ni.

tq.

2 weeks of tears

2 weeks that makes me suffered a lot. satu demi satu rahsia terbongkar depan aku. depan mata aku. sekarang aku tak boleh nak percaya kepada sesiapa. hanya boleh bergantung pada orang yang betul2 kenal aku, siapa aku, kenapa aku dan mengapa aku menjadi aku. mungkin aku terlalu bodoh dan membabi buta menyerah dan mentabalkan mereka, tetapi jauh mana aku pergi, semuanya berpunca dari aku sendiri. ya, salah aku sendiri yang bodoh. 2 minggu yang aku tak sangka akan terjadi, telah terjadi. mungkin benda ini adalah enteng bagi mereka, tetapi bagi aku, benda yang telah berlaku ada satu perkara yang dapat membezakan apa itu kawan dan lawan. tidak, kamu bukan lawan aku. kamu masih menjadi kawan aku, tetapi, keadaan tidak akan sama seperti selalu. maafkan aku jika hipokrasi aku terbongkar kerana aku tidak pandai utk berlakon utk menjadi seorang hipokrator.

di bulan Ramadhan pelbagai ujian datang kepada aku, dan aku telah tewas dengan semua ujian itu, kecuali utk berpuasa. semua ujian, walau satu tidak terkecuali, aku telah tewas. tewas di tangan sendiri. maafkan diri ini Ya Allah yang sentiasa lupa kepada Mu tatkala membuat dosa. ampunkan aku. moga baki-baki Ramadhan suci ini dapat memberikan aku merasai zat2 mu yang entah Engkau masih memandang aku mahupun tidak.

terima kasih kerana telah membuat aku percaya. terima kasih kerana telah membuat aku diperdaya. terima kasih. kita masih menjadi kawan. tetapi tiada istilah yang lebih baik dari itu. jangan risau. tahap kawan ini tidak akan turun kepada kenalan.

terima kasih.

“Terkadang Ku Menyesal Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu” - Menyesal by Ressa Herlambang

nak lari

nak lari. nak mati. nak pergi jauh-jauh.

Ramadhan 4

wwaahhhh..

ni dah jadi diari ramadhan rafique dah ke? tidak2. ni adelah diari tumbesaran perut nahar. wah. ok arini aku bangun sahur. skrang ni sudah jam 7.26 pg. kenapakah aku masih tidak lagi pergi ke class? pemalaskah ka diriku pada pagi ini? tidak yer anak2. pagi tadi lepas bangun sahur, aku terus kemas2 beg. tgk jadual. owh, kelas start 9.30 pagi.

DENG SATU BUNYI DARI KEPALA! RECALL RECALL!

serious. time ni, ape yg dtg dlm pala otak aku adelah bantal dan tilam yang empuk dan deruan angin dari aircond yang lemah-lemah syahwat menyapu mukaku. lepas je sahur, aku baring dalam keadaan yang tidak diingini. tak leh jadi. makin dibiarkan, soheh la aku bangun pukul 7 ptg kang. jangan memain. aku pernah jadi camtu tahun lepas yer. tu namanya puasa kering. gi kat depan. ibu tgh baring kat ruang tamu. aku leh masuk bilik, amik bantal. elok je baring sebelah ibu. pastu aku gelak. kat ruang tamu pun ade aircond. almaklumlah, kulit aku ni kulit takleh kene panas. hohoho. sudahnye, subuh aku pukul 7.05 minit. Ampunilahhhh dosa hambaMu ini Ya Allah! mata masih mengantuk. rasa-rasa mcm nak, erm, skip kelas la arini. eh, takleh. kang ayah ngan ibu jadi polis terjun kang. tak pepasal soal bicara lebih dari Q&A session kat kelas. takpe, rasanya aku leh gi kelas lg ni. baru je lepas download lagu andang cintaku menyala. banyak kali kawan2 aku ajak duet lagu ni. asyik jangan menangis sayang je. last2 aku gak yang menangis xde lagu lain.

eh, sudah jam 7.33 pg. jom, kita ke kelas.

arini maybe tak dapat join tadarus kat fac. ade kelas ganti 12.30 sampai 2. padahal tu la waktu tadarus. sedih!

Puasa yang Seronok

hari ini 1 Ramadhan. aku bersyukur sgt sbb dpt jumpa Ramadhan. dan aku dapat rasa dengan kuat yg puasa kali ni sgt bermakna bg aku. mungkin yg terakhir barangkali. semalam aku bertarawih. sgt tenang. dah lama tak ke surau. selalu ke masjid besar tu aje. ramai jemaah yg dah tua. tak terlampau kalau aku kata mereka hampir uzur. tp sgt seronok.

aku sgt bersyukur. bangun sahur penuh semangat tolong ibu. harap kali ni Ramadhan terbaik bagi aku.

aku dah penat idup camni.

aku tau ape yg aku buat tu dosa. tp kenapa aku still buat?

aku dah penat dan taknak ulang. kuatkan semangat aku. aku perlu berubah. berubah untuk kebaikan.

dah luah satu masalah.

hari ini aku keluar karaoke bersama 2 buddy yg aku syg n syuk. sgt enjoy sbb aku tgk 2 buddy aku tu sgt gembira. aku pun gembira!

oh.. tempat yg aku pergi karaoke tu sungguh update lagu mereka. sgt puas hati!

habes luahan utk kedua.

aku sekarang dalam dilema. samada utk menerima hati seorang perempuan atau tidak. segalanya penuh dgn tipu, palsu dan hipokrit. aku 30% hipokrit. dia 70%. cemana aku tau? depan mata aku benda tu jadi. sedang aku taip ni, aku berdepan dengan ibu dan ayah. sedang berbincang masalah ni. lagi beberapa minit lepas Q&A dari mereka, mesti dapat jawapan!

kan aku dah cakap. sekejap je. dah dapat jawapan. ibu ngan ayah tak suka. ok. kepala dah tak serabut.

Sahabat, puasa dah menjelma. jom rebut peluang kali ni. takut tak jumpa Ramadhan lagi satu je lagi!

Older Posts »